# Log Perubahan

{% tabs %}
{% tab title="v1.11.x" %}

## v1.11.6 (1/5/2026) \[1.7-26.1]

* \[ALL] Terjemahan yang dikemas kini pada semakan semula mulai 26.2-snapshot-2
* Banyak kesilapan dalam terjemahan telah diperbaiki
* \[1.20+] Ikon pek telah dikemas kini untuk mencerminkan perubahan sejak 1.21
  * Label pada ikon pek kini telah diubah daripada "1.20-1.21" kepada "1.20+"
* \[1.20+] Nama fail telah diubah daripada \[1.20-1.21] kepada \[1.20+]
* \[ALL] Teks tampilan telah dikemas kini

## v1.11.5 (12/12/2025) \[1.7-1.21]

* \[ALL] Teks tampilan yang ditambahkan dalam versi 1.21.11 telah ditambah ke dalam pek
* \[ALL] Terjemahan telah dikemas kini kepada semakan terkini setakat versi 1.21.11
  * Berapa ketidakkonsistenan terjemahan telah diperbaiki
* \[1.13+/1.20+] Kandungan `ms_my.json` dan `zlm_arab.json` telah disegerakkan dengan [BetterMalay Language Pack](https://modrinth.com/resourcepack/bettermalay-language-pack)

## v1.11.4 (31/8/2024) \[1.7-1.21 + 25w35a]

* \[1.20+] Fail pack.mcmeta telah dikemas kini untuk menyokong penformatan versi yang disokong yang diperkenalkan dalam versi 25w31a
  * Catatan: Pek ini hanya boleh dimuatkan dengan betul dalam versi 25w34a dan ke atas disebabkan oleh pepijat [MC-300888](https://bugs.mojang.com/browse/MC/issues/MC-300888)
* \[1.13+] Beberapa terjemahan telah dikemas kini berdasarkan terjemahan semasa setakat versi 25w35a
* \[ALL] Beberapa terjemahan untuk nama sihir (enchantment) dan nama ikan tropika (yang pre-defined) telah dikemas kini
* Beberapa teks tampilan telah dikemas kini

Catatan: Jika tiada sebarang perubahan berlaku antara sekarang dan terbitan penuh 1.21.9, versi 1.20-1.21 akan ditanda sebagai serasi dengan 1.21.9 di Modrinth

## v1.11.3 (11/7/2025) \[1.7 - 1.21]

* Pek telah dikemas kini ke versi 1.21.6/.7
* \[1.13+] Fail terjemahan asas telah dikemas kini ke versi 1.21.7-rc2
* \[1.20+] Penghargaan dalam permainan telah dikemas kini ke revisi 1.21.6
* \[1.20+] Teks hak cipta versi Jawi telah ditambahkan semula
  * Sebelum ini diterjemah kepada tulisan Rumi kerana masalah penjajaran teks tulisan Arab yang menyebabkan dua aksara pertama (حق) keluar daripada kawasan skrin
  * Kini teks tersebut mempunyai beberapa aksara ruang ditambah di awal sebagai padding bagi membawa kedua aksara tersebut kembali ke dalam kawasan skrin
* \[Semua Versi] Beberapa teks tampilan telah dikemas kini
  * Juga ditambah teks tampilan baharu yang ditambah di dalam 1.21.6
* \[Semua Versi] Susunan nama cakera muzik untuk trek lagu C418 telah diterbalikkan (menjadi \[nama trek lagu] - C418)
  * Ini kerana semua nama komposer lain telah ditransliterasikan ke dalam tulisan Jawi, yang menyebabkan nama mereka muncul di sebelah kanan dan bukannya sebelah kiri. Perubahan ini dibuat supaya nama C418 muncul di sebelah kanan juga, sama seperti semua nama komposer lain.
* Penghargaan dalam permainan dan fail zip telah dikemas kini

## v1.11.2 Hotfix (14/3/2025) \[1.20 - 1.21]

* Semua rentetan teks dalam Minecraft 1.19.2 dan ke atas telah dihapus dari fail zlm\_arab.json, kerana terjemahan bahasa Melayu Jawi kini sentiasa dikemas kini untuk semua versi selepas 1.19.2

## v1.11.1 (21/2/2025) \[1.7 - 1.21]

* Terjemahan tulisan Jawi untuk nama biome Deep Lukewarm Ocean (typo kecil) dan teks `کتاهنن زيره` (dahulu diterjemah sebagai `زيره` sahaja) telah diperbaiki
* \[1.13+] Fail terjemahan asas telah dikemas kini ke versi 25w08a
* \[1.13-1.19] Fail penuh ms\_my.json daripada pek BetterMalay telah ditambah bagi memastikan terjemahan bahasa Melayu Rumi sentiasa dikemas kini
* \[1.20+] Fail glyph\_size.bin dan unicode\_page\_xx.png telah dihapus memandangkan ia sudah tidak lagi digunakan sejak 1.20, dan sejak dari itu juga hamzah tiga suku kini dipaparkan dalam permainan dengan betul tanpa pembetulan yang disediakan pek ini
* \[1.20+] Semua rentetan teks dalam Minecraft 1.19.2 dan ke atas telah dihapus dari fail ms\_my.json, kerana terjemahan bahasa Melayu Rumi kini sentiasa dikemas kini untuk semua versi selepas 1.19.2
* \[1.20+] Penghargaan telah dikemas kini untuk menggunakan revisi 1.21.4
* \[1.21+] Nama cakera "Creator (Music Box)" telah dinamakan semula kepada "Creator (Kotak Muzik/کوتق موزيک)"
  * &#x20;Menurut glosari "Music Box" dalam nama cakera ini boleh diterjemah
* Pek telah dikemas kini untuk menyokong versi 1.21.4
* Semua ikon pek telah dikecilkan daripada 1080x1080 kepada 512x512 untuk mengurangkan saiz fail

## v1.11 (31/8/2024) \[1.7 - 1.21]

* Banyak ralat dalam fail bahasa telah diperbaiki, yang bermaksud bahawa fail-fail harus seharusnya telah berfungsi semula
* Pek telah dikemas kini untuk menyokong versi 1.21
* Ikon pek untuk 1.20.x-1.21.x telah dikemas kini untuk mencerminkan kemas kini 1.21, dengan beberapa aspek kemas kini 1.20 masih terlihat
* Beberapa teks tampilan telah dikemas kini
  {% endtab %}

{% tab title="v1.10 - v1.9" %}

## v1.10 (1/5/2024) \[1.7 - 1.20]

* Terbitan pertama bagi tahun 2024!
* Penyenaraian versi untuk versi Minecraft berikut telah dipermudahkan
* Pek 1.13-1.14, 1.15-1.16, 1.17-1.18 dan 1.19 semuanya telah digabungkan menjadi satu pek **1.13-1.19** tunggal
  * Ikon pek sumber telah dikemas kini untuk pek 1.13-1.19, dengan penampilan kameo daripada EmpAhmadK, yang banyak membantu semasa pembangunan awal JawiCraft!
* Ini dilakukan untuk memudahkan proses pengemaskinian pada masa hadapan, terutamanya apabila mengira pek pra-1.13
* Apabila memuatkan pek dalam versi 1.13-1.18, abaikan amaran yang diberikan, kerana ia sepatutnya tetap boleh digunakan
* Banyak terjemahan yang dikemas kini, yang boleh dilihat sepenuhnya [di sini](https://github.com/Minecraft-EdisiMelayu/MCEM-Wiki/wiki/Terjemahan-Baharu-untuk-1-Mei)
* Diperbaiki beberapa terjemahan Jawi (dan Rumi) yang tidak sempat ditambahkan ke dalam 1.20.5
* Dibawa beberapa pembaikan terjemahan daripada BetterMalay untuk terjemahan Rumi
* Untuk mendapatkan pengalaman sepenuhnya semua perubahan dan pembaikan pada terjemahan Rumi, muat turun pek penuh dan gunakannya di bawah pek JawiCraft dalam senarai pek sumber (atau ke atas jika anda tidak mahu menggunakan teks percikan Jawi)
* Diperbaiki beberapa kesilapan ejaan dalam terjemahan

## v1.9 (15/12/2023) \[1.7 - 1.20]

* Terbitan Modrinth pertama!
* Kod bahasa telah diubah daripada `ms_arab_my` kepada `zlm_arab`, jadi pilihan bahasa ini akan cross-compatible antara versi sebelum dan selepas 1.19
* Pek 1.17 & 1.18 telah digabungkan ke dalam satu pek (1.17-1.18)
* Sokongan untuk versi pra-1.13 telah diperkenalkan semula!
  * Untuk versi 1.7 - 1.10, selepas menerapkan pek, mulakan semula permainan anda untuk menerapkan perubahan fon/pasuan dengan betul (disebabkan oleh pepijat/bug [MC-41270](https://bugs.mojang.com/browse/MC-41270))
* Terjemahan bahasa Melayu untuk teks tampilan (splash text), credits dan End Poem, yang diambil daripada projek [MCSplahes](https://github.com/SmajloSlovakian/MinecraftSplashTextTranslation), oleh SmajloSlovakian telah ditambah!
  * Terjemahan Jawi untuk kebanyakan teks tampilan telah ditambah! Ada yang masih dikekalkan dalam bahasa Melayu Rumi atas sebab masalah tanda baca dan sebagainya
    * Beberapa teks tampilan dengan tanda baca arab (cth. tanda fathah dan kasrah) akan kelihatan rosak disebabkan oleh cara sistem Unifont Minecraft berfungsi, terutamanya dalam versi pra-1.20
  * Terjemahan penghargaan dan End Poem dikekalkan dalam bahasa Melayu Rumi kerana kemungkinan terjadinya masalah membaca teks Jawi di atas latar belakang tanah/dirt
    * Mungkin akan dipertimbangkan semula nanti, tetapi buat masa ini, nikmatilah terjemahan dalam tulisan Rumi!
* Teks "Hak Cipta Mojang AB." telah dinyah-Jawi-kan, disebabkan masalah penjajaran yang menyebabkan beberapa aksara dipaparkan di luar sempadan skrin (1.20.2+)
* Beberapa nama lukisan yang tidak diterjemahkan telah dibaiki (Rumi & Jawi, 1.19.3+)
* Penghargaan dalam permainan dan penghargaan dalam fail zip telah dikemas kini
* Ikon pek telah dikemas kini untuk semua versi!
  * Ikon untuk versi 1.7 - 1.14 & 1.17-1.18 telah dikemas kini latar belakangnya, untuk mencerminkan kemas kini masing-masing dengan lebih baik
  * Ikon untuk versi 1.15-1.16, 1.19 & 1.20 (bersama semua versi lain) hanya mengandungi kemas kini pada logo JawiCraft, untuk menyelesaikan masalah kerning dalam teks "کرف‌ت" (yang saya tidak pernah perasan sebelum ini)
* Tekstur "tampilan skrin pemuatan" tersuai telah dialih keluar, kerana ia merupakan ciri yang tidak digunakan daripada versi terdahulu
  * Mungkin mendapat reka bentuk semula nanti
    {% endtab %}

{% tab title="v1.8.x" %}

### v1.8.4 (19/7/2023)

\[Semua Versi]

* Kesemua Hamzah Setara dalam fail bahasa telah diubah kepada "Hamzah Tiga Suku" yang digunakan dalam tulisan Jawi
* Huruf "Hamzah Tinggi Kazakh" akan digunakan, dan tekstur fon untuk huruf ini juga telah diubah agar rupanya lebih mirip dengan hamzah tiga suku sebenar
* Asas terjemahan telah dikemas kini kepada MC 1.20.1
* Penghargaan JawiCraft telah dikemas kini di dalam permainan dan juga di dalam fail teks dalam folder pek

\[1.20]

* Sokongan untuk 1.20 telah ditambah
* Sokongan untuk format logo baharu telah ditambah
* Pembetulan nama untuk beberapa nama lukisan yang tidak diterjemahkan telah ditambah (dalam bahasa Melayu Rumi dan Jawi)

\[1.19]

* Sesetengah pelanggan (client) dan/atau pelancar (seperti Prism Launcher) nampaknya telah membetulkan pepijat teks tampilan (splash text) Arab secara asli untuk saya
  * ~~Pek tambahan kini dikeluarkan untuk digunakan semasa bermain permainan menggunakan Prism Launcher (belum disahkan untuk MultiMC dan pelanggan lain)~~
* Pembetulan nama untuk beberapa nama lukisan yang tidak diterjemahkan telah ditambah (dalam bahasa Melayu Rumi dan Jawi)

### v1.8.3 (4/1/2023)

\[​1.13.x - 1.18.x]

* Asas terjemahan telah dikemas kini ke MC 1.19.3

\[​1.19.x] \[Abaikan amaran apabila memuatkan pek ini dalam versi 1.19.3]

* Asas terjemahan telah dikemas kini ke MC 1.19.3
* Fail bahasa kini merangkumi semua teks dan bukannya teks yang diubah suai sahaja
  * Ini adalah untuk memudahkan saya kerana saya tidak perlu menapis terjemahan yang baru dikemas kini setiap kali saya perlu membuat kemas kini
* Teks tampilan versi Jawi telah ditambah semula, terima kasih kepada penyelesaian yang saya temui baru-baru ini
* Pembaikan ZWNJ yang disediakan di dalam pek telah dialih keluar kerana ia telah dibaiki oleh Mojang dalam versi 1.18.2
* Penghargaan untuk pembaikan ZWNJ telah dikeluarkan daripada penghargaan dalam fail zip dan dalam permainan
* Sedikit perubahan pada fail pack.mcmeta

### v1.8.2 (17/9/2022)

* Mengembalikan pek kepada keadaan sedia kala, sebab dah habis dah bulan kemerdekaan

### v1.8.2-65 (31/8/2022) / v1.8.2 (17/9/2022) \[1.13-1.19]

* Teks tampilan bertemakan Merdeka dan juga beberapa yang lain telah ditambah
  * Teks tampilan bertemakan Merdeka telah dialih keluar pada 17 September
* \[1.13 - 1.16] Penghargaan pek telah ditambah ke dalam penghargaan dalam permainan (dengan teks berwarna)
  * Fail penghargaan 1.16.5 telah digunakan sebagai asas
* \[1.17 - 1.19] Mengemas kini credit supaya mempunyai teks berwarna
* Dikemas kini logo semua pek dengan logo JawiCraft versi Merdeka
  * Akan dikembalikan kepada asal pada 17 September

### v1.8.1 (13/8/2022)

\[1.13 - 1.18]

* Asas untuk terjemahan dikemas kini ke semakan MC 1.19.1
* Terjemahan "لاۏا" diubah kepada "لاهر"
* Teks tampilan bertemakan bulan kemerdekaan dan beberapa yang lain telah ditambah...
* Terjemahan yang ditinggalkan dalam 1.8.1 telah ditambah
* Asas untuk credits dalam permainan dikemas kini kepada fail yang digunakan dalam MC 1.19.1
  * Ralat ejaan telah dibaiki: Penerjemah/ڤنرجمه -> Penterjemah/ڤنترجمه
  * Credits dalam permainan untuk pek 1.16 dan kebawah akan ditambahkan semula dalam v1.8.2 (saya dah letih sebab kemas kini pek ni tambahan pula ada peperiksaan baru-baru ni T-T)
* Terjemahan Jawi dan Rumi untuk versi Combat Test 8c telah ditambah semula ke dalam pek 1.16.2-1.16.5

\[1.19.x]

* Terjemahan baharu untuk "Lava (Lahar/لاهر)", "Singleplayer (Ekapemain/ايکاڤماءين)" dan "Multiplayer (Multipemain/ميلتيڤماءين)" ditambah
  * Pek ini kini akan menggunakan fail `zlm_arab`, dan bukan fail `ms_arab_my` yang pek ini gunakan
* Semua teks tampilan bertulisan Jawi telah dikeluarkan
  * Sesetengah teks yang hanya sepenuhnya atau sebahagiannya ditulis dengan tulisan Jawi dalam senarai asal digantikan dengan versi Rumi nya (yang juga ditambahkan ke dalam senarai asal)
  * Hal ini dilakukan kerana tag 'bidirectional' tidak boleh ditetapkan kepada 'true' untuk bahasa yang sedia ada melalui pack.mcmeta, menyebabkan teks Jawi dipaparkan secara songsang dan tidak bersambung
* Logo pek dikemas kini

### v1.8 \[1.13-1.18] (9/7/2022)

* Dan dengan ini fasa backport projek kini telah bermula!
  * Kini projek ini akan membawa terjemahan daripada versi terbaru Minecraft kepada versi yang lebih lama
  * Fasa ini akan datang ke versi Pra-1.13 tidak lama lagi
* Projek ini juga kini merupakan sebahagian daripada projek koleksi yang akan saya mulakan yang akan saya umumkan apabila ia siap sepenuhnya
* Pilihan bahasa telah dinamakan semula kepada "بهاس ملايو (مليسيا)" agar sepadan dengan nama pilihan bahasa dalam 1.19
  {% endtab %}

{% tab title="v1.7.x" %}

### v1.7.3 \[1.13-1.18 + 1.19 Pre-release] (02/06/2022)

* Terjemahan telah dikemas kini
  * Terjemahan akan dikemas kini lagi dalam versi seterusnya, 1.8
* Teks tampilan sempena Hari Raya Aidilfitri telah dialih keluar (sebab Syawal sudah pun tamat)
* Teks tampilan berkaitan dengan penambahan Jawi ke dalam Minecraft dalam versi Pra-terbitan 4 untuk 1.19 telah ditambah
  * Teks tampilan yang dimaksud ialah "Kini di Minecraft!" dan "کيني دماءينکرف‌ت!"
* Versi 1.11-1.12 pek kini telah dialih keluar daripada senarai muat turun, dan akan ditambah semula dalam versi akan datang

### v1.7.2(.0) \[1.11-1.18 + 1.19 Snapshot] (01/05/2022)

* Sokongan untuk petikan 1.19 terkini telah ditambah
  * Versi untuk petikan akan mempunyai nombor tambahan pada penghujung nombor versi
* Sokongan "regional compliancies" dengan locale Malaysia yang ditambah pada versi sebelumnya telah dialih keluar
  * Sejujurnya saya merasakan bahawa ia tidak perlu ditambah pun
* Beberapa teks tampilan telah dihapus
* Teks tampilan yang kebanyakannya ditambah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri (iaitu pada 2 Mei :0) telah ditambah
  * Akan dihapus daripada pek setelah Syawal tamat (iaitu pada 31 Mei)
* Teks tampilan yang merujuk beberapa ciri baharu dalam 1.19 dalam versi pek untuk petikan 1.19 telah ditambah, dan lebih banyak lagi akan ditambahkan dalam versi seterusnya! :0
* Logo tersuai untuk skrin pemuatan Mojang Studios telah ditambah (tidak akan berfungsi dalam versi vanilla)
* Beberapa terjemahan telah dikemas kini dan dibaiki (untuk versi 1.13 dan keatas, lebih banyak lagi akan diperbaiki dalam kemas kini seterusnya)

### v1.7.1 (01/03/2022)

\[1.18.x]

* Pek ini telah dikemas kini kepada MC 1.18.2
* Sokongan untuk fitur pematuhan serantau (regional compliancies) Korea Selatan (yang ditambah dalam 22w06a) dengan locale Malaysia telah ditambah
  * Belum disahkan sama ada ini berfungsi atau tidak
* Sokongan untuk versi 1.19 Deep Dark Experimental Snapshot (cabang versi 1.18.1) telah ditambah
  * Semua terjemahan untuk versi ini disediakan oleh Ahmad Ali Karim
  * Terjemahan Bahasa Melayu Rumi untuk versi ini juga tersedia [di sini](https://www.curseforge.com/minecraft/texture-packs/jawicraft-language-pack/files/3668221) (juga disediakan oleh Ahmad Ali Karim)

\[1.16.2 - 1.16.5]

* Sokongan untuk versi Combat Test 8c (cabang versi 1.16.2) telah ditambah
  * Semua terjemahan untuk versi ini disediakan oleh Ahmad Ali Karim
  * Terjemahan Bahasa Melayu Rumi untuk versi ini juga tersedia [di sini](https://www.curseforge.com/minecraft/texture-packs/jawicraft-language-pack/files/3668373) (juga disediakan oleh Ahmad Ali Karim)

### v1.7 \[1.13-1.18] (13/02/2022)

\[​1.13-1.18]

* Semakan terjemahan telah dikemas kini kepada "Ahmad Ali's Revision"
  * Saya menamakannya sebegitu kerana dedikasi Ahmad untuk melalui semua teks Minecraft, membetulkan dan meluluskannya dalam masa 3 hari sahaja
* Pilihan bahasa tersuai telah ditambah ke dalam menu pilihan Bahasa, dengan nama "جاوي (ماليسيا)", terletak betul-betul di atas "Bahasa Melayu (Malaysia)"
  * Menggunakan kod bahasa tersuai "ms\_arab\_my"
  * Bahasa akan berpatah balik kepada bahasa Inggeris apabila pek dimuat keluar, dan akan dipakai semula apabila anda memuat semula pek (jika anda tidak menukar bahasa sebelum memuatnya semula)
* Pepijat ZWNJ (MC-226359) kini telah dibaiki dalam versi petikan 22w03a untuk 1.18.2
  * Pembaikan sementara yang disediakan dalam pek untuk versi terdahulu kini akan diabaikan apabila dimuatkan dalam petikan 1.18.2 (dan kemudian versi terbitan 1.18.2)
* Bahagian penghargaan untuk JawiCraft telah ditambah di atas penghargaan Minecraft dalam penghargaan 1.17 dan 1.18. Kredit Minecraft tidak disentuh sama sekali
* Fail teks penghargaan telah ditambah ke dalam folder pek untuk semua versi
* Logo pek 1.18 telah dikemas kini
* Beberapa teks tampilan telah ditambah ke dalam pek

\[​1.6-1.12]

* Pilihan bahasa "جاوي (ماليسيا)" tersuai telah ditambah (diterangkan dalam log perubahan 1.13-1.18)
* Beberapa terjemahan telah dikemas kini kepada semakan baharu
* Pek ini kini tidak lagi menyokong 1.6 secara rasmi kerana pepijat dengan sistem tulisan Arab dalam versi itu
* Pautan untuk memuat turun pek 1.6-1.8 dan 1.9-1.10 kini telah dialih keluar dan mungkin ditambahkan semula kemudian (atau tidak). Gunakan versi 1.11 - 1.12 buat masa ini
  * Ini dilakukan untuk mengekalkan keserasian dengan bahasa tersuai yang ditambah, dan juga dengan CurseForge, kerana mereka tidak akan menerima pek format 1 dan 2 atas sebab tertentu
* Fail teks penghargaan telah ditambah ke dalam folder pek untuk semua versi
* Beberapa teks tampilan telah ditambah ke dalam pek
  {% endtab %}

{% tab title="v1.6.x" %}

### v1.6.1 \[1.18-1.18.1] (11/12/2021)

* Pek telah dikemas kini kepada versi Minecraft 1.18.1
* Rentetan teks baharu pada fail bahasa realms telah dibaiki
* Ralat terjemahan dalam fail bahasa untuk realms telah dibaiki

### v1.6 - Kemas Kini Besar #1 \[1.6-1.18] (2/12/2021)

* Projek telah dikemas kini kepada terbitan Minecraft 1.18
* Kemas Kini Terjemahan
  * Terjemahan asas untuk versi 1.13 - 1.18 telah dikemas kini kepada terjemahan dalam 1.18 pre-5
  * Terjemahan untuk "Pemain Tunggal" dan "Pemain Berbilang" kini ditukar untuk semua versi
    * "Singleplayer" - "Permainan Tunggal/ڤرماءينن توڠڬل" -> "Ekapemain/ايكاڤماءين"
    * "Multiplayer" - "Permainan Jamak/ڤرماءينن جمع" -> "Multipemain/مولتيڤيماءين"
* Penambahbaikan untuk pepijat ZWNJ (MC-226359) telah dilaksanakan dengan mengubah suai fail glyph\_sizes.bin dan unicode\_page\_20.png
  * Tetapi ia tidak boleh dilaksanakan dengan betul ke dalam versi 1.6-1.8 dan 1.9-1.10 dikeranakan pepijat MC-41270, yang mempunyai ketidakkonsistenan dalam memuatkan fail glyph\_sizes.bin milik pek sumber
    {% endtab %}

{% tab title="v1.5.x" %}

### v1.5.3 \[1.18 Pre-release] (17/11/2021)

* Teks yang ditambah dalam versi 1.18 Pre-release 2 telah ditambah ke dalam pek
* Sedikit ralat pada terjemahan dari versi sebelumnya (1.5.2 Hotfix) telah dibaiki

### v1.5.2 Hotfix \[1.18 Pre-release]

* Ditambah teks dari 21w44a yang entah macam mana saya boleh terlupa nak tambahkan ke dalam fail bahasa v1.5.1 ;\\

### v1.5.1 \[1.6-1.17 & 1.18 Pre-release]

* Pek telah dikemas kini ke versi 1.18 Pre-release
  * Mungkin tidak akan mengemas kini versi ini lagi melainkan terdapat teks baharu yang ditambahkan semasa versi pre-release akan datang
* Semua ikon pek (selain untuk versi 1.6 - 1.8) telah dikemas kini

### v1.5 \[​31/10/2021] (1.6-1.17, 21w43a)

* Sokongan untuk versi 1.6 - 1.12 telah ditambah
  * Akan mempunyai nombor versi mereka sendiri yang berasingan daripada yang utama
  * Untuk versi 1.6-1.8 dan 1.9-1.10, anda perlu mengekstrak fail zip terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan pek ini
* Sokongan untuk versi petikan 1.18 (21w43a, akan dikemas kini setiap kali versi petikan terbaru diterbitkan) telah ditambah
* Banyak ralat terjemahan telah dibaiki
* Semua logo pek telah dikemas kini
  * Mungkin akan dikemas kini lagi nanti (ataupun tidak)
    {% endtab %}

{% tab title="v1.4.x - v1.0" %}

## v1.4 Hotfix \[12/9/2021] (1.13-1.17)

* Kesilapan ejaan yang kecil telah dibaiki... Kesilapan tersebut adalah pada nama terjemahan kemajuan "A Terrible Fortress" (Sebuah Kubu Teruk), yang disilap eja sebagai "بوکو/buku" dan bukannya "کوبو/kubu"

![width=356](https://i.imgur.com/UEZgxEq.png)

***

## v1.3 \[10/9/2021] (1.13-1.17)

* Beberapa ralat terjemahan telah dibaiki (dalam fail bahasa, bukan pada Crowdin)
* Logo Minecraft versi Jawi telah ditambah pada skrin utama, terima kasih kepada Ahmad Ali Karim!
* Logo pek sumber telah dikemas kini
* Nama pek versi Jawi telah ditambah dalam logo pek sumber, juga terima kasih kepada Ahmad Ali Karim!

***

## v1.2 \[03/09/21] (1.13-1.17)

* Beberapa terjemahan telah dibaiki
* Lebih banyak terjemahan telah ditambah

***

## v1.1 Hotfix \[01/09/21] (1.17)

* Sebuah ralat yang kecil pada fail bahasa telah dibaiki

***

## v1.0 \[31/08/21]

Terbitan Pertama Pek ini
{% endtab %}
{% endtabs %}


---

# Agent Instructions
This documentation is published with GitBook. GitBook is the documentation platform designed so that both humans and AI agents can read, navigate, and reason over technical content effectively. Learn more at gitbook.com.

## Querying This Documentation
If you need additional information that is not directly available in this page, you can query the documentation dynamically by asking a question.

Perform an HTTP GET request on the current page URL with the `ask` query parameter:

```
GET https://mcedisimelayu.gitbook.io/wiki/bahasa-melayu/jawicraft/log-perubahan.md?ask=<question>
```

The question should be specific, self-contained, and written in natural language.
The response will contain a direct answer to the question and relevant excerpts and sources from the documentation.

Use this mechanism when the answer is not explicitly present in the current page, you need clarification or additional context, or you want to retrieve related documentation sections.
