> For the complete documentation index, see [llms.txt](https://mcedisimelayu.gitbook.io/wiki/llms.txt). Markdown versions of documentation pages are available by appending `.md` to page URLs; this page is available as [Markdown](https://mcedisimelayu.gitbook.io/wiki/bahasa-melayu/bettermalay/log-perubahan.md).

# Log Perubahan

Log perubahan untuk semua versi BetterMalay Language Pack

{% tabs %}
{% tab title="v1.2.x" %}

## v1.2.7 (31/8/2026) \[1.7-26.2]

* \[1.13+] Terjemahan telah dikemas kini kepada semakan terkini setakat 26.3-snapshot-10
  * Versi pek ini hanya menambah string yang ditambah dalam versi 26.2
* \[1.20+] Fail penghargaan dalam permainan telah dikemas kini kepada semakan setakat 26.2
* \[ALL] Teks tampilan telah dikemas kini
  * Beberapa teks tampilan pendua telah dialih keluar

## v1.2.6 (1/5/2026) \[1.7-26.1]

* \[ALL] Terjemahan yang dikemas kini pada semakan semula mulai 26.2-snapshot-2
* Banyak kesilapan dalam terjemahan telah diperbaiki
* \[1.20+] Ikon pek telah dikemas kini untuk mencerminkan perubahan sejak 1.21
  * Label pada ikon pek kini telah diubah daripada "1.20-1.21" kepada "1.20+"
* \[1.20+] Nama fail telah diubah daripada \[1.20-1.21] kepada \[1.20+]
* \[ALL] Teks tampilan telah dikemas kini

## v1.2.5 (12/12/2025) \[1.6-1.21]

* \[ALL] Teks tampilan yang ditambahkan dalam versi 1.21.11 telah ditambah ke dalam pek
* \[ALL] Terjemahan telah dikemas kini kepada semakan terkini setakat versi 1.21.11
  * Berapa ketidakkonsistenan terjemahan telah dibaiki
* \[1.13+/1.20+] Kandungan `ms_my.json` dan `zlm_arab.json` telah disegerakkan dengan [JawiCraft Language Pack](https://modrinth.com/resourcepack/jawicraft-language-pack)

## v1.2.4 (31/8/2025) \[1.6-1.21 + 25w35a]

* \[1.20+] Fail pack.mcmeta telah dikemas kini untuk menyokong penformatan versi yang disokong yang diperkenalkan dalam versi 25w31a
  * Catatan: Pek ini hanya boleh dimuatkan dengan betul dalam versi 25w34a dan ke atas disebabkan oleh pepijat [MC-300888](https://bugs.mojang.com/browse/MC/issues/MC-300888)
* \[1.13+] Beberapa terjemahan telah dikemas kini berdasarkan terjemahan semasa setakat versi 25w35a
* \[ALL] Beberapa terjemahan untuk nama sihir (enchantment) dan nama ikan tropika (yang pre-defined) telah dikemas kini
* Beberapa teks tampilan telah dikemas kini

Catatan: Jika tiada sebarang perubahan berlaku antara sekarang dan terbitan penuh 1.21.9, versi 1.20-1.21 akan ditanda sebagai serasi dengan 1.21.9 di Modrinth

## v1.2.3 (11/7/2025) \[1.6-1.21]

* Pek telah dikemas kini ke versi 1.21.6/.7
* \[1.13+] Fail terjemahan asas telah dikemas kini ke versi 1.21.7-rc2
* \[1.20+] Penghargaan dalam permainan telah dikemas kini ke revisi 1.21.6
* \[1.20+] Teks hak cipta versi Jawi telah ditambahkan semula untuk pilihan Bahasa Melayu tulisan Jawi
  * Sebelum ini diterjemah kepada tulisan Rumi kerana masalah penjajaran teks tulisan Arab yang menyebabkan dua aksara pertama (حق) keluar daripada kawasan skrin
  * Kini teks tersebut mempunyai beberapa aksara ruang ditambah di awal sebagai padding bagi membawa kedua aksara tersebut kembali ke dalam kawasan skrin
* \[1.19+] Susunan nama cakera muzik untuk trek lagu C418 telah diterbalikkan (menjadi \[nama trek lagu] - C418) untuk pilihan Bahasa Melayu tulisan Jawi
  * Ini kerana semua nama komposer lain telah ditransliterasikan ke dalam tulisan Jawi, yang menyebabkan nama mereka muncul di sebelah kanan dan bukannya sebelah kiri. Perubahan ini dibuat supaya nama C418 muncul di sebelah kanan juga, sama seperti semua nama komposer lain.
* \[All] Beberapa teks tampilan telah dikemas kini
  * Juga ditambah teks tampilan baharu yang ditambah di dalam 1.21.6, dan juga beberapa lagi yang belum ditambah dalam kemas kini sebelumnya
* Penghargaan dalam permainan dan fail zip telah dikemas kini

## v1.2.2 Hotfix (14/3/2025) \[1.20-1.21]

* Semua rentetan teks dalam Minecraft 1.19.2 dan ke atas telah dihapus dari fail ms\_my.json, kerana terjemahan bahasa Melayu Rumi kini sentiasa dikemas kini untuk semua versi selepas 1.19.2

## v1.2.1 (21/2/2025) \[1.13-1.21]

* \[1.13+] Fail terjemahan asas dikemas kini kepada versi 25w08a
* \[1.13-1.19] Fail penuh zlm\_arab.json daripada pek JawiCraft telah ditambah bagi memastikan terjemahan bahasa Melayu Jawi sentiasa dikemas kini
* \[1.19+] Terjemahan tulisan Jawi untuk nama biome Deep Lukewarm Ocean (typo kecil) dan teks `کتاهنن زيره` (dahulu diterjemah sebagai `زيره` sahaja) telah dibaiki (diambil dari pek JawiCraft)
* \[1.20+] Semua rentetan teks dalam Minecraft 1.19.2 dan ke atas telah dihapus dari fail zlm\_arab.json, kerana terjemahan bahasa Melayu Jawi kini sentiasa dikemas kini untuk semua versi selepas 1.19.2
* \[1.20+] Penghargaan dikemas kini untuk menggunakan revisi 1.21.4
* \[1.21+] Nama cakera "Creator (Music Box)" telah dinamakan semula kepada "Creator (Kotak Muzik/کوتق موزيک)"
  * Menurut glosari "Music Box" dalam nama cakera ini boleh diterjemah
* Tajuk bahagian penghargaan BetterMalay telah dibaiki (dahulunya dipaparkan sebagai "JawiCraft Language Pack"
* Pek dikemas kini untuk menyokong versi 1.21.4

## v1.2 (31/8/2024) \[1.6 - 1.21]

* Banyak ralat dalam fail bahasa telah dibaiki, yang bermaksud bahawa fail-fail harus seharusnya telah berfungsi semula
* Pek telah dikemas kini untuk menyokong 1.21
* Ikon pek untuk 1.20.x-1.21.x telah dikemas kini untuk mencerminkan kemas kini 1.21, dengan beberapa aspek kemas kini 1.20 masih terlihat
* Beberapa teks tampilan telah dikemas kini
  {% endtab %}

{% tab title="v1.1 - v1.0" %}

## v1.1 (1/5/2024) \[1.6 - 1.20]

* Terbitan pertama bagi tahun 2024!
* Penyenaraian versi untuk versi Minecraft berikut telah dipermudahkan; seiring dengan pemudahan yang berlaku dengan projek JawiCraft
  * Pek 1.6 & 1.7-1.8 telah digabungkan menjadi pek **1.6-1.8**; pek 1.13-1.14, 1.15-1.16 dan 1.17-1.19 semuanya telah digabungkan menjadi satu pek **1.13-1.19** tunggal
    * Ikon pek sumber telah dikemas kini untuk pek 1.13-1.19, dengan penampilan kameo daripada EmpAhmadK, yang banyak membantu semasa pembangunan JawiCraft!
  * Ini dilakukan untuk memudahkan proses pengemaskinian pada masa hadapan, terutamanya apabila mengira pek pra-1.13
  * Apabila memuatkan pek dalam versi 1.13-1.18, abaikan amaran yang diberikan, kerana ia sepatutnya tetap boleh digunakan
* Terdapat banyak terjemahan yang dikemas kini, yang boleh dilihat sepenuhnya [di sini](https://github.com/Minecraft-EdisiMelayu/MCEM-Wiki/wiki/Terjemahan-Baharu-untuk-1-Mei)
* Beberapa terjemahan Rumi (dan Jawi) yang tidak sempat ditambahkan ke dalam 1.20.5 telah dimasukkan
* Beberapa terjemahan dan pembaikan Hamzah Tiga Suku daripada JawiCraft telah dimasukkan ke dalam pek ini untuk terjemahan Jawi (1.19+ sahaja)
  * Untuk mendapatkan pengalaman Jawi sepenuhnya dalam versi sebelum 1.19, muat turun pek penuh dan gunakannya di atas pek BetterMalay dalam senarai pek sumber (atau di bawah jika anda tidak mahu menggunakan teks percikan Jawi)
* Beberapa kesilapan ejaan dalam terjemahan telah dibaiki

***

## v1.0 (15/12/2023) \[1.6 - 1.20]

* Terbitan Pertama!
* Terjemahan versi 1.13+ adalah berdasarkan terjemahan versi 1.20.x
* Terjemahan versi terkini telah dibawa kepada versi pra-1.13
* Terjemahan Bahasa Melayu bagi End Poem, teks tampilan dan nama jawatan pekerjaan dalam penghargaan telah ditambah
  * Terjemahan asal diambil daripada projek [MCSplahes](https://github.com/SmajloSlovakian/MinecraftSplashTextTranslation), oleh SmajloSlovakian
* Logo sari kata "Java Edition" telah ditukar kepada "Edisi Java"
* Beberapa nama lukisan yang tidak diterjemahkan telah diterjemahkan (1.19.3+)
* Terjemahan eksklusif untuk Combat Test 8c (1.16.2) telah ditambah
* Teks "Hak Cipta Mojang AB" untuk `zlm_arab` telah dinyah-Jawi-kan disebabkan isu penjajaran yang menyebabkan beberapa aksara dipaparkan di luar sempadan skrin (1.20.2+)
* Teks tampilan tambahan diambil daripada senarai teks tampilan Pek Bahasa JawiCraft
* Menambahkan penghargaan pek di dalam permainan dan sebagai fail teks dalam setiap fail zip
  {% endtab %}
  {% endtabs %}
