Log Perubahan

Log perubahan untuk semua versi Busana Melayu

v1.6.3 (Hotfix; Female Variant Only) (6/9/2025) [1.6-1.12]

Jangan dikelirukan dengan kemas kini v1.6.3 untuk 1.13-1.21 yang diterbitkan pada 31/8 yang sudah memperbaiki masalah ini

  • Sebuah typo yang sangat kecil dalam terjemahan bahasa Indonesia telah diperbaiki

    • Terjemahan tersebut ialah Chainmail Gandik yang diterjemah sebagai "Gandil Rantai"

    • Jika anda seorang pengguna pek ini pada versi 1.7-1.12 dan menggunakan bahasa Indonesia dalam permainan, anda mungkin mahu mengemas kini ke versi ini

v1.6.3 (31/8/2025) [Bedrock]

  • Variasi tembaga untuk set busana lelaki dan perempuan telah ditambah

    • Pada masa ini tidak tersedia dalam permainan secara lalai dan memerlukan pendayaan tetapan "Drop 3 2025" dalam bahagian "Experiments" (sehingga 1.21.110 diterbitkan)

Catatan: Pelaksanaan keterangan tetapan yang pek ini digunakan untuk memaparkan perihalan subpek dan penghargaan tidak lagi disokong sejak versi 1.21.100. Ciri ini mungkin akan kembali dalam bentuk lain dalam kemas kini pada masa hadapan.

v1.6.3 (31/8/2025) [1.13-1.21 + 25w35a]

  • Fail pack.mcmeta telah dikemas kini untuk menyokong penformatan versi yang disokong yang diperkenalkan dalam versi 25w31a

    • Catatan: Pek ini hanya boleh dimuatkan dengan betul dalam versi 25w34a dan ke atas disebabkan oleh pepijat MC-300888

  • [25w31a+] Variasi tembaga untuk set busana lelaki dan perempuan telah ditambah

  • [25w31a+] Tekstur model zirah diubah untuk membolehkan kebanyakkan tengkolok dan gandik berfungsi semula dalam versi selepas 25w31a

    • Mungkin akan dibatalkan sekiranya "perubahan" ini adalah sebuah pepijat

Catatan: Jika tiada sebarang perubahan berlaku antara sekarang dan terbitan penuh 1.21.9, versi ini akan ditanda sebagai serasi dengan 1.21.9 di Modrinth

v1.6.2 (8/6/2025) [Java 1.6 - 1.21 & Bedrock]

  • Terjemahan bahasa Indonesia telah dikemas kini. Terima kasih Dustin945!

  • Fail penghargaan telah dikemas kini

v1.6.1 (27/3/2025) [Java 1.13 - 1.21 & Bedrock; Male Variant Only] [NuruddinPlays]

  • Tekstur hiasan zirah Seluar Melayu telah diubah sedikit supaya masih agak kelihatan di bawah Samping

v1.6 (15/2/2025) [Java 1.6 - 1.21 & Bedrock] [NuruddinPlays]

  • Changed the texture of empty slot icons for all armor pieces into their respective replacements; eg. Helmet becomes Tengkolok for the male variant and Gandik for the female variant

  • Tekstur slot kosong untuk semua kepingan zirah telah diubah menjadi penggantinya mengikut varian, misalnya Helmet/Ketopong menjadi Tengkolok untuk varian lelaki dan Gandik untuk varian perempuan

  • Sokongan hiasan zirah ditambah (hanya untuk pengganti chestplate/zirah dada, leggings/zirah kaki dan boots/but)

    • Hiasan zirah untuk pengganti ketopong masih tidak kelihatan kerana bentuk tekstur penggantinya yang sangat berbeza untuk setiap jenis bahan

    • [Java] Memandangkan masih tiada sokongan untuk tekstur hiasan zirah tersuai melalui CIT, beberapa keanehan mungkin berlaku apabila menukar jenis zirah melalui CIT kepada varian yang bertentangan

      • Contohnya: Menggunakan varian perempuan, menukar daripada Kasut kepada Samping (varian lelaki) mungkin menyebabkan munculnya beberapa piksel terapung di sekeliling tempat yang dahulunya Kasut, walaupun tiada apa-apa di situ apabila ditukar kepada Samping

  • Lebih banyak string telah ditambah ke dalam fail bahasa untuk menggantikan sebarang sebutan kepingan zirah dan teks yang berkaitan

  • Baju telah dinamakan semula kepada Baju Melayu

  • Seluar telah dinamakan semula kepada Seluar Melayu

  • Dalam pilihan bahasa Inggeris, zirah Chain telah dinamakan semula kepada zirah Chainmail

  • Fail model blockbench yang terbiar telah dialih keluar

  • [Java] Pek dikemas kini untuk menyokong 1.21.4

  • [Java] Fail penghargaan telah ditambah ke dalam fail zip

  • [Bedrock] Nombor versi telah melompat kepada v1.6 untuk dipadankan dengan versi pek Java

  • [Bedrock] Set zirah/busana lelaki dan perempuan kini telah digabungkan menjadi satu pek

    • Anda boleh memilih yang mana satu untuk digunakan dalam permainan melalui gelangsar tetapan pek yang baru ditambah

    • Juga digunakan apabila anda turut menggunakan pek sumber Senjata Melayu dan pek ini diletakkan di atasnya untuk menukar semua ikon dalam blok pertukangan besi dengan betul

    • Penghargaan pek juga dipaparkan dalam tetingkap tetapan

  • Resized all pack icons from 1080x1080 to 512x512 to reduce file size

v1.5.1 (16/9/2024)

  • Pek telah diport ke pack format 37 (24w36a dan ke atas)

    • Direktori untuk tekstur model zirah telah diubah sepenuhnya dalam versi ini


Bedrock Port v1.1 (31/8/2024)

  • Tekstur tengkolok berlian diubah untuk menjadikan peralihan antara berlian dan netherit lebih "seamless"

  • Varian busana Melayu wanita telah ditambah (tersedia untuk dimuat turun secara berasingan di laman PlanetMinecraft)

  • Fail penghargaan telah ditambah ke dalam fail zip

  • Ikon pek telah dikemas kini


v1.5 (31/8/2024) [Java 1.7-1.21] [NuruddinPlays]

  • Tekstur tengkolok berlian diubah untuk menjadikan peralihan antara berlian dan netherit lebih "seamless"

  • Varian busana Melayu wanita ditambah (di bawah jenis Busana (P) dalam jadual item)

    • Ini serasi dengan pelaksanaan pek Senjata+Busana Melayu CIT Pack

    • Versi berasingan yang mengandungi hanya varian busana wanita tersedia sebagai fail tambahan di Modrinth

  • Fail penghargaan telah ditambah ke dalam fail zip

  • Ikon pek telah dikemas kini


v1.4 (15/12/2023) [Java 1.7-1.20] [NuruddinPlays]

  • Terbitan Modrinth pertama!

  • Ditambah sokongan untuk terjemahan Jawi (dalam permainan dan dengan pek bahasa JawiCraft) untuk semua versi

  • Ditambah fail bahasa en_gb/en_GB (yang pada asasnya adalah salinan en_us/en_US)

  • Dikosongkan semua reka bentuk hiasan zirah (armor trims) kerana pada masa ini ia tidak serasi dengan reka bentuk zirah tersuai pek (1.20+)

    • Hiasan-hiasan akan kembali dengan wajah baharu dalam suatu kemas kini pada masa hadapan

  • [1.8] Nombor pack_format telah diperbaiki, kini ia ditetapkan kepada versi yang betul


Bedrock Port v1.0 (20/7/2023) [Bedrock] [NuruddinPlays]

  • Terbitan Pertama

  • Pek telah dibawa ke Edisi Bedrock


v1.3 (20/6/2023) [Java 1.7-1.20] [NuruddinPlays]

  • Ditambahkan nama tersuai untuk semua zirah, dalam Bahasa Inggeris, Melayu dan Indonesia

  • Pek kini dibahagikan menjadi 4 versi, 1.7-1.10, 1.11-1.12, 1.13-1.15 dan 1.16-1.20

  • Kemas kini dirancang : Reka bentuk armor trims (hiasan zirah) untuk disesuaikan dengan pek


v1.2 (17/7/2022) [Java 1.7-1.19] [flurrry]

  • Diperbaiki tekstur zirah kulit dan logo pek


v1.0 (16/7/2022) [Java 1.7-1.19] [flurrry]

  • Terbitan Pertama

Last updated