Log Perubahan (Edisi Java)

Log perubahan untuk semua versi Peranggu Pahlawan (Edisi Java)

v1.2.1 (6/9/2025) [Fabric & Quilt 1.20.1/1.21.1/1.21.4-1.21.8, Forge 1.20.1, NeoForge 1.21.1]

Perubahan

  • Masalah-masalah dengan fail bahasa yang berikut telah diperbaiki

    • [ALL] Typo yang sangat kecil dalam terjemahan bahasa Indonesia telah diperbaiki

      • Terjemahan tersebut ialah Chainmail Gandik yang diterjemah sebagai "Gandil Rantai"

    • [1.21.8] Satu tanda koma yang tiada di dalam fail terjemahan bahasa Melayu telah ditambah semula. Kini terjemahan bahasa Melayu untuk keterangan kemajuan yang diubah suai telah berfungsi semula.

    • Jika anda terkesan oleh isu-isu (kecil) ini, anda mungkin mahu mengemas kini kepada versi ini.

Catatan

Versi ini serasi dengan pelayan yang menjalankan Peranggu Pahlawan v1.2.0 (pada pemuat mod Fabric/Quilt dan (Neo)Forge melalui Connector), kerana satu-satunya perkara yang diubah dalam versi ini ialah fail bahasa dan tiada satu pun kod yang diubah

v1.2.0 (31/8/2025) [Fabric & Quilt 1.20.1/1.21.1/1.21.4-1.21.8, Forge 1.20.1, NeoForge 1.21.1]

Penambahan

  • [Fabric/Quilt] Mod ini kini telah di bawa ke versi-versi "game drop" selepas 1.21.1 untuk mod loader Fabric dan Quilt

    • The Garden Awakens (1.21.4)

    • Spring to Life (1.21.5)

    • Chase the Skies (1.21.6) dan kedua versi hotfix yang menyusul (1.21.7 dan 1.21.8)

    • Sila ambil perhatian bahawa tidak ada rancangan untuk membawa mod ini ke versi lebih tua daripada versi 1.20.1/1.21.1.

  • [1.21.1 NeoForge] Kunci terjemahan (translation key) untuk keterangan mod apabila menggunakan NeoForge tanpa mod Better ModList telah ditambah (terjemahan ini juga akan muncul apabila menggunakan mod Catalogue)

  • [1.20.1 & 1.21.1] Polymorph telah ditambah sebagai kebergantungan optional

  • [ALL] Semua item dalam mod ini telah disepadukan sepenuhnya ke dalam gameplay vanila berikut

    • Villager Leatherworker dan Armorer kini boleh menjual kepingan busana

    • Villager Weaponsmith and Toolsmith Villagers can now sell keris and parang

    • Zombie, Skeleton, Husk dan Stray kini boleh menjelma sambil memakai busana

    • Zombie, Husk dan Vex kini boleh menjelma dengan keris besi

    • Vindicator kini boleh menjelma dengan parang besi

    • Piglin kini boleh menjelma dengan keris dan busana emas

    • Zombified Piglin kini boleh menjelma dengan keris emas

    • Piglin Brute kini boleh menjelma dengan parang emas

  • [ALL] Semua item emas dalam mod ini telah ditambahkan ke dalam tag piglin_loved

Penghapusan

  • Resipi pertukangan untuk busana rantai telah dihapus, memandangkan ia kini boleh dijumpai dalam gameplay biasa

Perubahan

  • Tag item untuk kesemua 9 kepingan busana kini telah dipisahkan ke dalam tag mereka masing-masing, dan bukan dikumpulkan mengikut slot zirah yang digunakan

    • Tag yang lama masih ada, tapi diubah untuk merujuk kepada tag-tag yang baharu di atas

  • Tag item swords dan axes masing-masing kini merujuk terus kepada tag item keris dan parang, dan bukan menyenaraikan ulang kesemua item dalam tag-tag tersebut

  • Keperluan untuk kemajuan "Cover Me in Debris" ("Disarungi Puing") telah diubah supaya apabila pemain memiliki satu set penuh dengan mana-mana kombinasi daripada kedua set busana, kemajuan dapat diberikan, dan tidak memerlukan pemain mempunyai satu set penuh untuk satu jenis set busana

v1.1.0
v1.2.0

Hanya dua kombinasi teratas sahaja yang boleh memberikan kemajuan, iaitu satu untuk setiap set busana

Mana-mana kombinasi kedua set busana boleh memberikan kemajuan

v1.1.0 (8/6/2025) [Fabric & Quilt 1.20.1/1.21.1, Forge 1.20.1, NeoForge 1.21.1]

Penambahan

  • Terjemahan bahasa Indonesia! Terima kasih Dustin945!

  • Sokongan mod Sword Blocking Mechanics untuk Keris dan Parang!

  • [1.20.1] Sokongan mod Epic Fight untuk Keris dan Parang!

  • [1.21.1] Tag item keris dan parang

  • [1.20.1] Penambahan semua tag item dari versi mod untuk 1.21.1

Perubahan

  • Parang kini mempunyai kebolehan istimewa! Ia kini boleh melombong kayu balak dalam kawasan 3x3

    • Kelajuan perlombongan parang kini telah dikurangkan dengan ketara untuk menjadikannya tidak terlalu op tanpa sihir Kecekapan/Efficiency

    • Fungsi pemecahan blok 3x3 baharu hanya terpakai pada semua jenis batang kayu (sama ada yang biasa/balak, batang/hifa kirmizi dan gila, dan juga semua jenis batang kayu yang dikupas kulit), dan bukan sebarang blok kayu lain (papan, papak, tangga dll.)

  • Beberapa perkara dalam fail bahasa telah diperbetulkan, termasuk ejaan armour dalam bahasa Inggeris British menggunakan ejaan Inggeris Amerika armor

  • Kod jadual rampasan telah diubah supaya dua varian busana muncul dalam satu "call" dan bukannya dua "call" yang berasingan

    • Dengan itu peluang untuk setiap "call" juga telah digandakan

  • Gandik kulit dalam peti rumah penduduk kampung tukang jahit kini sudah secara tidak sengaja dijana dengan sihir tahap tinggi

  • modid Sinytra Connector yang ditakrifkan di dalam fail (neoforge.)mods.toml kini telah diubah daripada connector menjadi id tepatnya iaituconnectormod

  • [1.21.1] Kebergantungan Forge telah dibuang daripada fail neoforge.mods.toml

  • Penghargaan telah dikemas kini

v1.0 (3/2/2025) [Fabric & Quilt 1.20.1/1.21.1, Forge 1.20.1, NeoForge 1.21.1]

  • Terbitan pertama

Last updated