scrollLog Perubahan

Log perubahan untuk semua versi Senjata + Busana Melayu - CIT Pack

Release 4 (12/12/2025) [Java 1.12.2, 1.20.1-1.20.4, 1.21-1.21.1]

Penambahan

  • Keris, Parang dan Busana Tembaga!

    • Untuk memperolehnya, namakan semula sebarang pedang, kapak atau kepingan zirah besi di dalam andas!

    • Variasi tembaga untuk "keris lama" tidak ditambah

Keserasian dengan OptiFine

Dalam Release 3, saya tanpa sedar telah merosakkan keserasian dengan OptiFine dengan perubahan berikut: Kandungan pek telah diperkecilkan, untuk mengurangkan saiz fail Hal ini disebabkan oleh kaedah yang sangat berbeza (dan kadangkala bermasalah) yang digunakan oleh setiap versi OptiFine yang disokong (1.12.2, 1.20.1, 1.21.1+) untuk menghuraikan lokasi tekstur. Dengan ini, perubahan di atas telah dibatalkan untuk direktori yang digunakan oleh OptiFine. Direktori CIT Resewn dan Chime dibiarkan tidak berubah dan akan terus menggunakan lokasi tekstur kongsi yang diperkenalkan dalam Release 3.

Release 3.1 (8/6/2025) [Java 1.12.2, 1.20.1-1.20.4, 1.21-1.21.1]

  • Pilihan nama untuk bahasa Indonesia telah ditambahkan ke dalam CIT

    • Hanya untuk item yang namanya berbeza dengan nama dalam bahasa Melayu (Tengkuluk bukannya Tengkolok, Celana Melayu bukannya Seluar Melayu...)

  • Fail penghargaan telah dikemas kini

Release 3 (15/2/2025) [Java 1.12, 1.20 - 1.20.4, 1.21-1.21.1]

  • Kandungan pek telah diperkecilkan, untuk mengurangkan saiz fail

    • Removed all duplicate texture files, now they're all in the same place for both language options

    • Semua fail tekstur pendua telah dialih keluar, kini semuanya berada di tempat yang sama untuk kedua-dua pilihan bahasa

    • Nama setiap CIT untuk kedua-dua bahasa kini disimpan di dalam satu fail properties sahaja menggunakan regex, dan bukannya menggunakan dua fail berasingan

  • Sokongan untuk nama Jawi pada semua CIT ditambah

    • CIT Kain Sarung menerima kedua-dua jenis hamzah, hamzah setara (کاءين ساروڠ), dan juga hamzah tinggi kazakh (کاٴين ساروڠ) yang akan ditunjukkan sebagai hamzah tiga suku di dalam permainan dalam versi 1.20 dan ke atas

  • Sokongan untuk mod Chime ditambah

    • Nama Jawi belum lagi disokong ketika menggunakan Chime

  • Menamakan semula Baju kepada Baju Melayu dan Seluar kepada Seluar Melayu untuk semua set bahasa; serta Machete kepada Parang untuk nama bahasa Inggeris

    • Semasa mengemas kini pek, pastikan anda menamakan semula mana-mana item sedia ada yang menggunakan nama lama kepada yang baharu

  • Pepijat di mana semua tekstur ikon Kain Sarung ditetapkan secara tidak sengaja kepada tekstur ikon Kasut untuk nama bahasa Melayu telah diperbaiki

  • Pepijat di mana semua ikon Kasut masih dipaparkan dengan tekstur but vanila akibat pepijat di atas telah diperbaiki

  • Fail penghargaan ditambah ke dalam fail zip

  • Ikon pek telah dikecilkan daripada 1080x1080 kepada 512x512 untuk mengurangkan saiz fail

Release 2 (31/8/2024) [Java 1.12, 1.20 - 1.20.4, 1.21-1.21.1]

  • [SM] Tekstur keris diubah

    • Tekstur keris lama kini boleh didapati di bawah nama berikut: [Material] Old Keris / Keris Lama [Bahan]

  • [SM] Tekstur parang diubah untuk mengeluarkan tompokan emas pada pemegang

  • [BM] Tekstur tengkolok berlian diubah untuk menjadikan peralihan antara berlian dan netherit lebih "seamless"

  • [BM] Varian Busana Melayu perempuan ditambah (di bawah jenis Busana (P) dalam jadual nama item)

    • Ini serasi dengan pelaksanaan pek Busana Melayu asal

  • Untuk nama bahasa Inggeris, nama yang digunakan untuk mendapatkan tekstur Baju lelaki telah ditukar daripada "[Material] Baju" kepada "[Material] Baju Melayu"

    • Ini adalah untuk menyelesaikan konflik antara nama CIT ini dan nama CIT "[Material] Baju Kurung" yang digunakan oleh varian busana perempuan

  • Isu ikon item kulit yang tidak muncul telah diperbaiki

  • Fail penghargaan telah ditambahkan ke dalam fail zip

  • Pek dikemas kini untuk menyokong 1.21

  • Pek ikon telah dikemas kini

Release 1 (29/4/2024) [Java 1.12, 1.20 - 1.20.4]

  • Terbitan pertama

  • Mungkin berfungsi pada versi lain, tetapi ini belum diuji lagi

Masalah yang diketahui

  • Ikon item songkok tidak muncul sama sekali, tetapi model zirah masih berfungsi seperti yang dimaksudkan

Last updated