Log Perubahan

Log perubahan untuk semua versi Senjata Melayu

v1.4.1 (8/6/2025) [Java 1.7 - 1.21 & Bedrock]

Kemas kini yang sangat kecil kali ini

  • [Java 1.6-1.12] Definisi CIT keris lama untuk varian netherit yang tidak wujud telah dikeluarkan

  • Fail penghargaan telah dikemas kini

v1.4 (15/2/2025) [Java 1.7 - 1.21 & Bedrock]

  • Tekstur slot kosong untuk pedang dan kapak masing-masing telah diubah kepada keris dan parang

  • Lebih banyak string telah ditambah ke dalam fail bahasa untuk menukar sebarang sebutan untuk pedang dan kapak kepada keris dan parang

  • Dalam terjemahan bahasa Inggeris, Machete telah ditukar kepada Parang

  • Tekstur penunjuk serangan pada palang utama telah diubah kepada keris emas (1.20.2+ sahaja)

  • [Java] Tekstur keris lama telah ditambahkan semula menerusi CIT (namakan semula keris menjadi " Old Keris"/"Keris Lama " untuk melihatnya)

  • [Java] Pek dikemas kini untuk menyokong 1.21.4

  • [Bedrock] Ditambah gelangsar tetapan pek dalam permainan

    • Digunakan apabila anda juga menggunakan pek sumber Busana Melayu dan pek ini diletak di atasnya untuk menukar semua ikon dalam blok pertukangan besi

    • Penghargaan pek juga dipaparkan dalam tetingkap tetapan

  • [Bedrock] Pek "Keris Only" sudah tidak lagi disediakan

  • Saiz ikon pek telah dikecilkan daripada 1080x1080 kepada 512x512 untuk mengurangkan saiz fail

v1.3 (31/8/2024) [Java 1.7 - 1.21 & Bedrock]

  • Tekstur keris telah diperbaharui, terima kasih kepada flurrry untuk tekstur asas

  • Tekstur parang telah diubah untuk mengeluarkan tompokan emas pada pemegang

  • Ikon pek telah dikemas kini

  • Fail penghargaan telah dikepas kini


v1.2 (15/12/2023) [Java 1.7-1.20]

Log perubahan asal dalam bahasa Inggeris ada di sini

  • Terbitan Modrinth pertama!

  • Menambah sokongan 1.20

  • Mengalih keluar fail bahasa ms_arab_my, kerana ia tidak lagi digunakan oleh Pek Bahasa JawiCraft (yang kini menggunakan zlm_arab, iaitu apa yang digunakan dalam permainan dalam versi 1.19+)

  • Menambahkan fail bahasa en_gb/en_GB (yang pada asasnya adalah salinan en_us/en_US)

  • [Pra-1.13] Memperbaiki kesilapan yang tidak begitu jelas, yang menyebabkan parang dan keris tidak muncul dalam permainan sama sekali

    • Folder untuk tekstur item tersilap dinamakan item (seperti dalam pek 1.13+), bukan items (seperti yang dimaksudkan untuk pek pra-1.13)

      • Tetapi ia sebenarnya berfungsi untuk saya entah bagaimana, mungkin saya sudah membetulkannya, tetapi hanya untuk salinan pek saya... Saya minta maaf atas kesilapan itu

    • Sekarang bagi sesiapa sahaja yang ingin menggunakan pek ini dalam versi seperti 1.8 atau 1.12, teruskan! Ia sepatutnya berfungsi seperti yang dimaksudkan sekarang! (harap-harap)

  • [Pra-1.13] Menambah sokongan untuk terjemahan Jawi (melalui Pek Bahasa JawiCraft)


v1.1.1 Hotfix (16/1/2023) [Bedrock Only]

  • Memperbaiki ralat dalam UUID pek


v1.1 (5/1/2023) [Java 1.7-1.19 & Bedrock]

  • Menukar nama pek kepada Senjata Melayu

  • Ditambah parang, yang menggantikan kapak (axe)

  • Penghargaan dikemas kini sedikit, untuk menambah penghargaan untuk idea parang


v1.0 (2/9/2022) [Java 1.7-1.19 & Bedrock]

  • Terbitan pertama

  • Pack pada masa ini dikenali sebagai Keris Melayu

  • Pedang ditukar kepada Keris

Last updated